Kemaafan Adalah Dendam Yang Termanis

Saturday, December 4, 2010
"Bodoh!!","Benci!!, benci!!!". Ni la mula-mula reaksi ku, bila mula-mula aku tahu, yang kawan-kawan ku mempermainkan ku. Allah je tahu sakit nya hati ku. Sudahlah dipermainkan, di tabur nya pula fitnah. Sakit nya tidak terperi, semalaman aku menangis, sakit bila di kianati mereka yang kita gelar sahabat.

Selepas seharian menangis, malam itu, selepas selesai isyak, aku memulakan niat untuk solat hajat. Aku nak minta pada Allah, supaya diturunkan bala yang dasyat pada mereka yang mengainya ku. Biar!, Biar mereka rasa, sakit yang aku rasa. Aku nak hajat kan, supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang ku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap tingkah laku mereka.

Sakit hati bercampur bisikan setan, ini lah hasil nya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam, seharian menangis. Bagi ku, pasti Allah akan memberikan keadilan pada ku, doa orang teraniaya pasti termakbul.

Namun, ketika sujud terakhir ku, bukan itu yang ku hajat kan untuk mereka, bukan kecelakaan, bukan bala malapetaka. Sebalik nya aku berhajat supaya aku di beri kekuatan untuk menempuh ujian dari Nya.Aku berdoa agar rakan-rakan ku di beri kan hidayah dan di ampun kan dosa mereka. Dan aku berdoa agar ku dapat menerima dengan redha ujian Nya. Sujud ku penuh dengan air mata.

Alhamdullilah, selesai solat hajat ku. Hati ku sangat tenang. Sangat damai, bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu merupakan dendam yang terbaik untuk sebuah pembalasan.

Firman Allah SWT:

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?"
(Surah an-Nur : 21)

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran:134)

Kepada semua yang pernah menghadapi masalah yang ku hadapi ini. Di tuduh, Di anaiya dan di pulaukan. Jangan lah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Pasti tiada kesudahan nya. Allah menyukai orang yang bersih hati nya. Biar ada yang mengelar kan kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu membalas, biar mulut sekeliling yang mengata, yang penting keredhaan bersama kita.

Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi.. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakan ku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu. Keputusan peperiksaan pun ada peningkatan dari dulu. Alhamdullilah ;)

Buat mereka yang pernah ku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salah ku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salah mu.

5 comments:

Adibah Amalina said...

ayat dr surah annur tu adalah yg ke 22 bukan 21. sory silap. hehehe

Ted-d said...

memaafkan lebih baik.. ;))

Ted-d said...

memaafkan lebih baik ;))

Adibah Amalina said...

yup. true ;)

~AiMi SyAhiRAh~ said...

Best entri ni! Pembakar semangat saya yang senasib dengan awak.:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...