Saya Tahu Identity SUPERMAN Yang Sebenar!! Saya Kenal Dia

Sunday, May 9, 2010
Waktu kecik-kecik dulu aku suka sangat tengok citer SUPERMAN. Superman kuat, hensem, berani,, semua package lengkap. Dari tadika da start suka tengok cerita tu. Sambil berangan-angan aku citer kat kawan sepermainan aku,," Superman tu saudara aku tau, cuba tengok, kulit dia putih macam kulit aku", dengan confident aku bercerita. Sambil tunjuk sebiji pil(sebesar 20 sen), aku pun menyambung " dia termakan pil ni, terus tukar jadi Superman". Padahal pil tu, pil vitamin mak aku yg aku amek sebiji sebab teruja tengok pil tu besar sangat.. Kawan2 ku waktu tu kagum habis. Yela, waktu tu umur aku baru 5 tahun, kawan2 pun 5 tahun. Budak kecil penuh dengan daya imaginasi. Esok nye pulak, sorang lagi kawan aku bawak pil besar, kali ni dia cakap dia saudara dengan ultraman. Hahahaha.. Bila teringat balik waktu kecil2, seronok jugak.

Bila masuk darjah 4, baru aku tau yang Superman tu tak wujud. Tu rekaan semata-mata. Superhero pujaan ku itu sebenarnye tak wujud. Cis! Kecewa gila time tu.

Tapi, sampai sekarang, aku still tertanya2, wujud tak orang macam tu? Yang kuat,, yang tabah,, yang berani,, yang tak kenal erti putus asa...

Akhirnya aku jumpa jugak SUPERMAN tu!!!

Aku tinggal serumah rupanya dengan superman tu. Dekat jeee,, tak jauh.
Ayah,, Ayah la superman ku puja selama ni. Pada usia 54 tahun, setelah pencen, ayah dan mak membuka kedai makan bagi menyara keluarga kami.

Walaupun sudah tua, ayah tetap 'cool' dengan cara nya tersendiri. Ayah bangun seawal 6 pagi dan tido selewat 3 pagi hampir setiap hari. Selepas solat subuh dan menghantar anak2 nya kesekolah, ayah akan pergi ke pasar membeli barang2 untuk berniaga. Pagi mencari barang, malam pula berniaga, ayah tak penah kenal erti letih. Kalau jualan tak banyak, ayah tak pernah kenal erti putus asa. Umur ayah hampir mencecah 60 tahun. Tapi ayah masih tak jemu mencari rezeki untuk anak2 nya.

Walaupun usia dah tua, ayah boleh mengangkat 3 guni beras dengan selumber jer... Ayah la superman tu,, sbb dia Tabah,Kuat, Berani dan tak reti Putus asa mencari rezeki untuk anak2 nya..
walaupun kulit ayah hitam manis dan superman dalam television tu putih melepak,, aku yakin ayah ku adalah SUPERMAN pujaan hatiku..

Superman in MY HEART!

3 comments:

Qodri a.k.a Sang Kut said...

same la jam kambing..hihik :P

Adibah Amalina said...

jam kambing??????

Adibah Amalina said...

owhh,, clock kat page tu.. biri2 laaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...