Anugerah Tuhan Yang Teragung

Thursday, April 8, 2010
Menatap dada-dada akhbar hari ini membuatkan aku seakan terpanggil untuk membuat post ini. Kisah kawin lari yang semakin menjadi-jadi dan kisah budak yang di tangkap khalwat di usia seawal 16 tahun membuatkan aku benar-benar terkedu. Mungkin mereka lupa. Galau di hati ibu tidak mereka peduli. Mungkin mereka lupa, sehinggakan anugerah tuhan yang teragung milik mereka ini di belakangi. aku harap kan, coretan ini dapat membuka mata dan minda kita semua.

.............Emakku sering menyuruh ku mencabut uban-uban miliknya. Minggu yang lalu, sambil berbaring di sampingku, mak menyuruh aku mencabut uban-ubannya dan mengurut dahi nya. Ku urut dahi nya perlahan sambil memerhatikan uban putih nya yang semakin banyak. Ku lihat garis-garis kedutan pada wajah emakku juga kian ketara. Aku memulakan bicara. Mak, ujurku. Rambut putih mak ni makin banyak la, kalau mak nak iba(gelaran ku) cabut nanti hilang pulak rambut mak semua.. Mak dye la rambut mak tu, ujur ku nakal. Taknak lah, mak membalas. Mak lebih suka begini. Ujur mak ku lagi. Mak ku berkata lagi, mak da tua. Bila mak da uzur nanti, mak tak mahu susah kan anak-anak mak. Hantarkan saja mak ke rumah orang tua-tua. Mak tak nak jadi beban pada sesiapa. Apa mak cakap ni, aku membantah. InsyAllah, kami adik beradik akan jaga mak dan ayah. Mak jangan fikir bukan-bukan ye mak, ujur ku sayu.

Wanita ini lah ibu,ratu hatiku. Wanita yang nampak lemah pada luarannya, tetapi gagah dalamannya. Kecekalan hatinya menjadikan dia wanita teristemewa. Baginya, biar dia berlapar, tapi tak pernah di biarkan anak-anaknya kelaparan. Masih ku ingat, ketika emak ku kemalangan jalanraya beberapa tahun lepas, tangannya patah di masukkan besi, matanya pula termasuk serpihan kaca. Berminggu-minggu emak ku berada di hospital. Selang beberapa minggu emak di keluarkan dari hospital, ayah ku pula bersara. Demi mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya ketika itu yang masih ramai bersekolah, emak membantu ayah di kedai makan milik keluarga kami.Bayangkan, parang pemotong ayam itu, emak ku gunakan sehari berpuluh kali. Mencecah 1kg mungkin beratnya. Hinggakan ku lihat tangan emak menggigil ketika memotong. Sesekali peluh di dahi mak mengalir membasahi dahinya. Mungkin kerana sakit tangannya yang patah itu belum pulih. Demi anak-anak, emak lupakan kesakitannya. Setiap kali pulang dari kedai, tangan emak ku akan kebas. Aku tahu, tiap malam tidur emak ku tidak lena menahan sakit.

Pengorbanan yang ku ceritakan ini terlalu sikit. Tiada tolok bandingnya dengan insan yang bergelar ibu. Hargai ibu kita sementara dia masih ada. Ibu adalah anugerah Tuhan yang teragung untuk hambanya. Aku mempunyai rakan yang ibunya telah tiada, dia sering berkata pada ku, sekiranya di beri masa sehari lagi bersama ibunya, cukup baginya kerana dia terlalu rindukan ibunya. Dia teringin memeluk ibunya kembali. Dia teringin baring di pangkuan ibunya seperti dulu.. Namun dia sedar, permintaannya itu tidak mungkin tercapai. Dia menyesal kerana selalu mengeluh setiap kali ibunya minta di urut, dia menyesal kerana selalu berdegil ketika ibunya masih ada.

Kepada rakan-rakan ku yang masih mempunyai ibu, kenangkanlah pengorbanan ibumu,hargailah ibu mu dan sayangi lah ibu mu sementara dia masih bernyawa. Ibu kita sudah tua, bak kata orang,sudah di hujung nyawanya. Esok lusa mungkin ibu kita tiada lagi. Peluk lah ibu mu sementara dia masih ada. Janganlah kita mengecilkan hati ibubapa kita dan janganlah kita membelakangi mereka hanya kerana seorang lelaki . Aku beryukur kerana masih mempunyai ibu.

Anugerah Teragung Milik Mu

Dan apabila kau menangis, ibu jua yang menghampiri mu,

Dan apabila kau kesedihan, ibu jua yang menemani mu,

Dan apabila kau takut, ibu jua yang menenangkan mu,

Dan apabila kau merajuk, ibu jua yang memujuk mu.

Jadi sayangi la kamu pada ibumu.

Kerana ibu hanya lah satu,

kerana ibu tidak boleh di tukar ganti.

Dan apabila berkasih kelak,

Ingatlah,

Kekasih mu boleh di bertukar dan berganti,

Kasih sang kekasih boleh hilang kemudian hari,

Namun kasihnya ibumu kekal abadi,

Walau sekali ibumu pergi,

Tiada lagi ganti.

5 comments:

no_cha said...

ibu umpama mutiara yg x ternilai...

afiff edogawa said...

sedihnye kisah ni... T_T

adibah said...

kasih ibu bawa ke syurga.

~eZmALiZa~ said...

rase cam nak nangis la diba.. :(
but we should appreciate her as long as she is still alive :)

Adibah Amalina said...

i glad my story touch ur heart.
:] and YES! we should appreciate our mothers.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...