Anugerah Tuhan Yang Teragung

Thursday, April 8, 2010
Menatap dada-dada akhbar hari ini membuatkan aku seakan terpanggil untuk membuat post ini. Kisah kawin lari yang semakin menjadi-jadi dan kisah budak yang di tangkap khalwat di usia seawal 16 tahun membuatkan aku benar-benar terkedu. Mungkin mereka lupa. Galau di hati ibu tidak mereka peduli. Mungkin mereka lupa, sehinggakan anugerah tuhan yang teragung milik mereka ini di belakangi. aku harap kan, coretan ini dapat membuka mata dan minda kita semua.

.............Emakku sering menyuruh ku mencabut uban-uban miliknya. Minggu yang lalu, sambil berbaring di sampingku, mak menyuruh aku mencabut uban-ubannya dan mengurut dahi nya. Ku urut dahi nya perlahan sambil memerhatikan uban putih nya yang semakin banyak. Ku lihat garis-garis kedutan pada wajah emakku juga kian ketara. Aku memulakan bicara. Mak, ujurku. Rambut putih mak ni makin banyak la, kalau mak nak iba(gelaran ku) cabut nanti hilang pulak rambut mak semua.. Mak dye la rambut mak tu, ujur ku nakal. Taknak lah, mak membalas. Mak lebih suka begini. Ujur mak ku lagi. Mak ku berkata lagi, mak da tua. Bila mak da uzur nanti, mak tak mahu susah kan anak-anak mak. Hantarkan saja mak ke rumah orang tua-tua. Mak tak nak jadi beban pada sesiapa. Apa mak cakap ni, aku membantah. InsyAllah, kami adik beradik akan jaga mak dan ayah. Mak jangan fikir bukan-bukan ye mak, ujur ku sayu.

Wanita ini lah ibu,ratu hatiku. Wanita yang nampak lemah pada luarannya, tetapi gagah dalamannya. Kecekalan hatinya menjadikan dia wanita teristemewa. Baginya, biar dia berlapar, tapi tak pernah di biarkan anak-anaknya kelaparan. Masih ku ingat, ketika emak ku kemalangan jalanraya beberapa tahun lepas, tangannya patah di masukkan besi, matanya pula termasuk serpihan kaca. Berminggu-minggu emak ku berada di hospital. Selang beberapa minggu emak di keluarkan dari hospital, ayah ku pula bersara. Demi mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya ketika itu yang masih ramai bersekolah, emak membantu ayah di kedai makan milik keluarga kami.Bayangkan, parang pemotong ayam itu, emak ku gunakan sehari berpuluh kali. Mencecah 1kg mungkin beratnya. Hinggakan ku lihat tangan emak menggigil ketika memotong. Sesekali peluh di dahi mak mengalir membasahi dahinya. Mungkin kerana sakit tangannya yang patah itu belum pulih. Demi anak-anak, emak lupakan kesakitannya. Setiap kali pulang dari kedai, tangan emak ku akan kebas. Aku tahu, tiap malam tidur emak ku tidak lena menahan sakit.

Pengorbanan yang ku ceritakan ini terlalu sikit. Tiada tolok bandingnya dengan insan yang bergelar ibu. Hargai ibu kita sementara dia masih ada. Ibu adalah anugerah Tuhan yang teragung untuk hambanya. Aku mempunyai rakan yang ibunya telah tiada, dia sering berkata pada ku, sekiranya di beri masa sehari lagi bersama ibunya, cukup baginya kerana dia terlalu rindukan ibunya. Dia teringin memeluk ibunya kembali. Dia teringin baring di pangkuan ibunya seperti dulu.. Namun dia sedar, permintaannya itu tidak mungkin tercapai. Dia menyesal kerana selalu mengeluh setiap kali ibunya minta di urut, dia menyesal kerana selalu berdegil ketika ibunya masih ada.

Kepada rakan-rakan ku yang masih mempunyai ibu, kenangkanlah pengorbanan ibumu,hargailah ibu mu dan sayangi lah ibu mu sementara dia masih bernyawa. Ibu kita sudah tua, bak kata orang,sudah di hujung nyawanya. Esok lusa mungkin ibu kita tiada lagi. Peluk lah ibu mu sementara dia masih ada. Janganlah kita mengecilkan hati ibubapa kita dan janganlah kita membelakangi mereka hanya kerana seorang lelaki . Aku beryukur kerana masih mempunyai ibu.

Anugerah Teragung Milik Mu

Dan apabila kau menangis, ibu jua yang menghampiri mu,

Dan apabila kau kesedihan, ibu jua yang menemani mu,

Dan apabila kau takut, ibu jua yang menenangkan mu,

Dan apabila kau merajuk, ibu jua yang memujuk mu.

Jadi sayangi la kamu pada ibumu.

Kerana ibu hanya lah satu,

kerana ibu tidak boleh di tukar ganti.

Dan apabila berkasih kelak,

Ingatlah,

Kekasih mu boleh di bertukar dan berganti,

Kasih sang kekasih boleh hilang kemudian hari,

Namun kasihnya ibumu kekal abadi,

Walau sekali ibumu pergi,

Tiada lagi ganti.

Bertudung? Kenapa Kau sudah Bertudung??

Monday, April 5, 2010

Sudah hampir setahun aku memakai tudung. Dan selama setahun juga soalan dan kata2 ini di ajukan pada ku:

  • “ Wah, dah bertudung!, kenapa kau bertudung?”.
  • “Apa mimpi kau bertudung?”
  • “Bagus lah kau dah insaf, macam poyo!”.
  • “ Macam baik sangat pakai tudung.”.
  • “Aku rasa kau lagi cantik tak bertudung”.
  • “Bertudung bukan untuk orang kampong je ke?”

Macam-macam kerenah telah ku jumpa, tapi paling best sekali yang berkata begini pada ku, “ Baru MASUK ISLAM Ke Kak?”.

Dan kenapa aku memilih untuk bertudung? Biar aku kongsikan bersama mengapa aku bertudung.

Peristiwa pertama:

Hampir setahun lalu, aku duduk berhampiran tingkap, memandang ke luar. Aku melihat burung-burang yang berterbangan dan awan yang biru di kaki langit. Tiba-tiba hati ku berdetik, kalau suatu hari nanti jika aku di timpa masalah macam mana ye? Akan adakan kawan-kawan ku bersama dengan ku? Atau mereka akan menjauhkan diri?. Hampir sejam aku memikirkan jawapannya. Dan dengan itu, hati ku berdetik, Apabila aku dilanda masalah, kawan-kawan ku mungkin lari, tetapi Allah sentiasa bersamaku. Dia bersama hamba-hambanya. (…cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung, Maka mereka kembalidengan nikmat dan kurnia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa,mereka mengikuti keredhaan Allah. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.( Ali -Imran:173-174).

Peristiwa kedua:

Aku membaca sebuah berita kematian. Seorang pemuda, yang lebih muda dariku, meninggal dunia (sebab kematian tidak di ingati). Hatiku berdetik, bagaimana aku kelak di dalam kubur, pasti aku di azab dengan azab yang paling pedih. Kerana amalan ku tidak sebagus mana.

Peristiwa ketiga:

Aku melihat berita di television. Kisah seorang remaja wanita yang rosak akhlaknya. Aku melihat, ibubapa remaja tersebut menangis semahu-mahunya megenang perilaku anaknya. Aku menjadi sebak. Lantas terdetik di hatiku, bagaimana anak ku kelak, akan beginikan sikapnya nanti?

Rentetan-rentetan ini yang membuka hatiku untuk bertudung. Agar aku mendapat keredhaan Allah. Apabila aku bertudung aku merasa ketenangan. Ketenangan yang ku cari selama ini. Diri ku tidak sempurna mana, kerana aku insan biasa, yang punya kelemahan, yang punya kekurangan. Aku masih memperbaiki kelemahan diri. Dekatkan lah diri dengan Pencipta mu, kerana di situ ketenangan mu.Pegang la pada tali yang satu, tali agama mu, kerana tali agama mu tidak akan putus dan ia akan membantu mu.

Jadi selepas ini, aku berharap tidak akan ada lagi yang bertanya mengapa aku bertudung. Sebaliknya, ucapkanlah Alhamdullilah apabila melihat perubahan ku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...