Azam?? Zam-Zam ala Kazam!!

Tuesday, December 28, 2010

Dah nak masuk 2011 la!! Aah kan, sekejap je rasa.

Thank you Allah, :') merasa jugak tahun 2011. Tahun 2010 tak ingat apa azam nya, yela, ingat konon-konon pakai kepala je. Tak catit mana-mana, last-last baru pertengahan tahun tak ingat apa pun kan....

Haaaaa, biasa la, cam jawab soalan exam gak, waktu nak exam menghafal bagai nak gila, tido dengan notes, makan menghadap notes,, lepas exam je, automatic hilang la segala yang di hafal tu. Bila lecturer tanya next sem nya, jawab "Eh, ada belajar ke tu dulu?" maklumlaaa, study last minit kan. ;) hehehe

Ok, so azam tahun 2011 ni, nak catat dalam blog, so bila lupa. Ada yang ingat kan. Bila telupa boleh buka tengok balik, kalau tulis dalam buku je, sah-sah beberape bulan lepas tu buku tu akan hilang, terselit bawah katil ke, terselit belakang almari ke, kuceng gendut aku try makan ke,, kan, kan :P

So, here goes!
Azam 2011!!
  • Kalau boleh, nak penuh solat. Tak mau ada Ter"miss",Ter"tido",Ter"malas" kecuali time peot tak pe :P
  • Nak cuba banyak kan bersabar (aliah &caca buat salah tetap kak iba marah ok? :P)
  • Nak kurang kan melawan cakap, if kena tegur diam ok cik Diba?. Heeee~
  • Nak turun kan berat until 49kgs(tetiba kan!)
  • Nak try senyum sebanyak mungkin sebab budak2 junior ni dok komen, "kak diba. kak diba ni perangai budak-budak, tapi da tua!!" So tepaksa mengawet muda kan diri supaya leh childish tanpa sebarang prejudis. ceit~

Johore Matriculation (2007)

Kematangan yang terserlah( 2006). Skang pun same je perangai.:P

TAG! TAG!

TAG!! Telah di tag cik zatul jadi,,,,, wajib la jawab bila budak comey ni dah tag. Haaa! Jawab jgn tak jawab~

1. apa benda paling penting dalam hidup korang?

- Family+ipod+laptop+hp? Hehe ;P

2. benda terakhir yg korang beli guna duit korang?

- Wrapper.

3. dimanakah korang melangsungkan perkahwinan korang dan apa temanya ?

- tak kesa la mane2, janji garden wedding, then warna boleh di runding. hahahahahaha..

4. adakah korang tengah bercinta sekarang ?

- BENCINTA ke?

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang ?

- cintai pada mereka yang mencintai,bukan pada mereka yang di cintai. Haaaa. Pening x ayat? Mendalam ni :P

6. dimanakah korang selalu jumpa kekasih korang ?

- bila da turun kapal. Leh tak jawab gini?? hahaha

7. novel/buku/majalah yg terakhir dibeli ?

- buku garis2 untuk guna time kursus Infosys :P

8. nama penuh korang ?

- Nape mesti penuh?? Nama full macam mane? :P

9. antara mak ngan ayah.. mana lagi rapat ?

- Mak

10. namakan org yg korang betul2 nak jumpa dlm idup korang ?

- Rasulluah saw. Atok sebelah mak. Pakwe yang belakon dalam citer TRON tu. Nak naik Ducati dia sama2 ;) vroom!!vroomm!!

11. adakah korang basuh baju sendiri ?

- Tak Tak Tak, mesin basuh yang tolong basuh kan, apa guna beli mahal2 kalau tak guna kan :P

12. dimanakah tempat korang btul2 nak pegi ?

- Mecca+Madina, 7 wonders of the world. Europe back packing.

13. pilih satu.. peluk or cium ?

- HUG!!!!

14. beritahu 3 benda ttg orang bagi tag

- hantu karokeeee

- suke sengih+senyum

-adik junior yg comei!

15. lima benda yg paling disayangi dalam hidup

- Semua benda aku sayang, saya penyayang kan. Hahahaha!(naik bakul angkat sendiri )

16. lagu yang korang paling suka n selalu dengar ?

- All 400++songs in my ipod ;P

17. bila tarikh lahir n kat mana korang sambut ?

- 3hb 4 1989. Kat mana2 je, janji ade makan-makan

18. Rakan blogger yg korang nak tag

Cik Nad a.k.a adik manissssss ;)

Cik Aida a.k.a akak shuffle. :P
Miss.N a.k.a gojes!

dan mereka2 yang nak jwb tag ni. sila. sila

Kalau lah Ferrari tu kete aku.

Thursday, December 23, 2010
Kalau exam, semudah ABC kan senang? Kalau KLCC tu nak bina, semudah main LEGO kan best? Kalau sports car tu nak dapat, semudah kete mainan kan syok?
Kalau yang hidup kita, semudah yang kita rancang kan HEBAT? Kalau lah Ferrari tu,, aku ada 3 bijik kan TERUJA!

Tapi itu la, tu semua KALAU, nama nye pun kalau. Stop lah jadi pak pandir, berpijak di bumi yang nyata OK? Takda nye kalau-kalau ni, ni kalau nak jadi member baik Pak Pandir boleh la kan??
Iklan MILOO je yang suka kalau-kalau ni.

Kalau dah buat SALAH, senang-senang minta di lupakan? BOOLEH ke lupa? Maaf,, boleh, tapi lupa jangan. Biasa nya, tukang buat salah senang je cakap,"Haaa! Tak ikhlas la tu maaf kan, Asik teringat lagi apa saya buat". Eh,, memang la cik Sayang oii, yang sakit, yang kene tipu, bukan awak kan? Saya kan???

So ladies and gentlemen,

Hati ni ibarat dinding, mula-mula dia cantik tanpa cacat cela. Tapi apa kata, setiap kali kau buat salah, kau luka kan hati orang terutamanya orang yang kau sayang, kau ambil 1 paku, paku dinding tu. 100 kali silap, 100 kali paku, Ketok kat dinding tu. Lepas dah mintak maaf. Kau cuba cabut paku-paku tu. Tengok baik-baik dinding tu. Cantik lagi ke? Ke dah berlubang-lubang???

Macam tu jugak la hati ni ibaratnye. So, Even dah guna plaster and tampal balik dinding tu. Dia tetap dah tak sama. Soooooooooo,, next time bila nak buat sesuatu yang tak patut tu. Pikir-pikir balik. Patut ke tidak buat. Bukan dah buat baru pikir and minta maaf. Kan?

So lepas ni, jangan sesuka hati menuduh "Dia" ni tak ikhlas memaaf kan kesalahan kau," Dia" still tak boleh lupa apa kesalahan yang kau buat kat dia. Sebab Memaafkan dan Melupakan adalah 2 perkara yang berbeza. Lagi pun, orang yang bijak belajar dari pengajaran kan bukan senang-senang je lupakan ;)

Kete Impian yang hanya mampu BERMIMPI

Simple Dimple????

Friday, December 17, 2010
"Saya keliru la wani,betul ke dia untuk saya?", sambil bawak kete viva merah yang dah sebulan tak basuh tu, sambil tu lah aku start mengeluh. "Saya dah tak yakin lah,
hari-hari gado.Penat tau!".

Wani yang kat sebelah tu dah sengih-sengih cam kerang busuk sebab tengok aku dari tadi cakap tak benti-benti. Pot pet pot pet. "Diba gado lagi ke diba? Kenapa plak hari ni?"."Nape ni? Cuba cite sikit cik diba". Aku pun ape lagi, muncung kan mulut dulu sebelum cerita. Hehehe, biase la, supaya ada style Kepoci sikit. "Enta la wani, tiap harikan, ada je tak kene. Ada je yang nak gado. Kadang-kadang tak ingat pun sebab apa gado. Blah.blah.blah.blah.". Ok, ada la dalam setengah jam jugak dia jadi pendengar setia.

Last-last dia dia cakap benda simple je kat aku. "Diba, nanti kan, pagi-pagi sebelum diba melangkah keluar rumah, Diba doalah dan hajat dalam hati."Ya Allah, berkati perjalanan ku, dan biar kan langkah kaki ku ini menemukan ku dengan lelaki yang di takdir kan untuk ku, dan terbaik bagi ku,". Senang je kan nasihat dia. Hehehe. Diam terus aku lepas tu. Dalam hati, isk.. betul gak... Mekacih cik Wani, Sayang Kamooo bangat!

Ok, ni leh la korang amal. Pada yang susah temu jodoh tu. Boleh try la ok? Pada yang ngah kekusutan. Yang keluar rumah cari ketenangan tu pun leh amal kan gak ;)
p/s: Rinduu Cik Wani laaaa..

Kemaafan Adalah Dendam Yang Termanis

Saturday, December 4, 2010
"Bodoh!!","Benci!!, benci!!!". Ni la mula-mula reaksi ku, bila mula-mula aku tahu, yang kawan-kawan ku mempermainkan ku. Allah je tahu sakit nya hati ku. Sudahlah dipermainkan, di tabur nya pula fitnah. Sakit nya tidak terperi, semalaman aku menangis, sakit bila di kianati mereka yang kita gelar sahabat.

Selepas seharian menangis, malam itu, selepas selesai isyak, aku memulakan niat untuk solat hajat. Aku nak minta pada Allah, supaya diturunkan bala yang dasyat pada mereka yang mengainya ku. Biar!, Biar mereka rasa, sakit yang aku rasa. Aku nak hajat kan, supaya mereka yang menyelarku rasa, apa yang ku alami. Aku nak sepanjang hidup mereka, mereka akan temui kecelakaan dalam setiap tingkah laku mereka.

Sakit hati bercampur bisikan setan, ini lah hasil nya. Aku lakukan solat hajat dengan mata yang sembam, seharian menangis. Bagi ku, pasti Allah akan memberikan keadilan pada ku, doa orang teraniaya pasti termakbul.

Namun, ketika sujud terakhir ku, bukan itu yang ku hajat kan untuk mereka, bukan kecelakaan, bukan bala malapetaka. Sebalik nya aku berhajat supaya aku di beri kekuatan untuk menempuh ujian dari Nya.Aku berdoa agar rakan-rakan ku di beri kan hidayah dan di ampun kan dosa mereka. Dan aku berdoa agar ku dapat menerima dengan redha ujian Nya. Sujud ku penuh dengan air mata.

Alhamdullilah, selesai solat hajat ku. Hati ku sangat tenang. Sangat damai, bagaikan tiada kekusutan yang pernah berlaku. Rupa-rupanya, kemaafan itu merupakan dendam yang terbaik untuk sebuah pembalasan.

Firman Allah SWT:

"Dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak ingin bahwa Allah mengampunimu?"
(Surah an-Nur : 21)

"Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik."

(Surah Ali-Imran:134)

Kepada semua yang pernah menghadapi masalah yang ku hadapi ini. Di tuduh, Di anaiya dan di pulaukan. Jangan lah kita berdendam dan ingin saling berbalas. Pasti tiada kesudahan nya. Allah menyukai orang yang bersih hati nya. Biar ada yang mengelar kan kita bodoh dan dungu kerana tidak mahu membalas, biar mulut sekeliling yang mengata, yang penting keredhaan bersama kita.

Kadang-kadang Tuhan sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Tuhan hendak memberi kita pelangi.. Lepas apa yang berlaku, bilangan rakan ku mula bertambah, bukan hanya dalam kampus sahaja, luar kampus pun ada dan mula rapat dengan rakan-rakan bekas sekolah dulu. Keputusan peperiksaan pun ada peningkatan dari dulu. Alhamdullilah ;)

Buat mereka yang pernah ku sakiti tanpa sengaja atau secara sengaja, aku memohon kemaafan untuk segala silap dan salah ku, dan aku juga memaafkan setiap silap dan salah mu.

5 Jenis Orang yang Patut di Baling TAHI!

Monday, November 15, 2010
Wassup guys!!

Wow, terasa western style siot. Memandang kan remaja skang ni lebih suka cara dan style orang potih, kalau boleh dri A-Z nak ikot, so aku kene ar memoden kan diri biar jadi western sikit jugak kan. Macam lagu digi tu kan, "i will follow u!" (nyayi sekuat hati).

Ok, entry kali ni, nak senarai kan 5 ciri-ciri orang yang patut di baling TAHI kalau anda terserempak :

1)Minah Sanggap dan Mamat Keleper.

If jumpa mana-mana couple tepi jalan, yang tengah buat project or bergesel-gesel sambil beromen tepi jalan., sila kutip tahi-tahi yang anda jumpa tepi jalan dan lempar kat Si sanggap dan Si keleper ni. Orang yang muka tembok dan tak tahu malu macam ni, ni la cara kita nak layan. Bila perangai busuk macam ni, elok la kita lempar kan tahi je, supaya diaorang tahu, macam mana nye busuk nye perangai diaorang.

2) Orang-orang yang pandang je minah sanggap and mamat keleper beromen sambil buat 'Dunno'

Kalau minah sanggap dan mamat keleper beromen tepi jalan, memang wajib la kita lempar najis. Tapi kalau orang kat sekeliling tu buat 'dunno' je, as if kita kat London or Miami, lebih afdal kita lempar tahi 2 kali ganda besar nye pada mereka-mereka ni. Lebih-lebih lagi bila dia orang pandang dengan pandangan tak berkelip. Macam enjoy tayangan telenovela sambil makan popcorn. Sila la baling tahi 2 kali ganda lebih besar pada mereka-mereka ni ye. Sebab diaorang ni "useless people in our society'.

3) Si perakam video Si sanggap dan Si keleper.

Tuan director-tuan director yang tak bertauliah ni, elok lah di lempar tahi gajah sebab mak ayah bagi hp bertujuan untuk memudah kan urusan anak-anak. Senang nak call tanya anak diaorang kat mana, bukan suh buat video rakaman orang beromen tepi jalan atau kat semak-semak 'lubuk tipah'.

4) Budak sekolah tak cukup umur yang bajet samseng

Budak-budak ni kalau jumpe, ketuk kepala sekor-sekor dulu. Pastu baru la baling dengan tahi. Bajet diri tu samseng, jadi kita kena tunjuk kan kita lagi samseng dari diaorang. So bila jumpa orang macam ni, lepas ketuk kepala and baling tahi, buat muka samseng 24 kali.

5) Mak Bapak yang terlalu 'Sporting' & 'Western Thinker'.

Anak: "Mummy, Daddy. Video i masuk facebook. ber "wet kiss" tepi jalan depan pavi".
Mummy Daddy: "Wow, femes anak mummy, i proud of u darling!, maybe i should learn how to kiss from u(kenyit mata kat sang anak)"

Anak: "Dad. i baru ketuk kepala pengemis, they can't do nothing bout it. Hero tak Saya?"
Mummy Daddy: "Takpe sayang, ketuk je selalu. Siapa berani saman anak i. Do anything u like boy"

Hah!, orang mcm ni, kalau jumpa, bukan setakat batu and tahi jumpe tepi jalan tu korang kutip nak baling. Kutip segala ape benda yang jalan tu. Baling dengan kelajuan 10 kali ganda kuasa kuda!

Ok, Sekian saje sesi mengeji kali ni.
Adios~

Minah Sanggap dan Mamat Keleper

video

Samseng Jalanan Tak Cukup Umur

video

Betul Ke ni Orang Cakap?!!!

Friday, November 12, 2010
Betul ke orang cakap..kalau lah..............................

Kalau perempuan cantik pendiam

Lelaki akan kata:
Wow!ciri2 isteri idaman...

Kalau perempuan tak cantik pendiam

Lelaki akan kata:
Tak reti berkomunikasi agaknyer...

Kalau perempuan cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata:
Mesti ada krisis nih...kesiannyer...

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat

Lelaki akan kata: Dah la tak lawa,perangai plak mcm tenuk!!

Kalau perempuan cantik menolong lelaki yg kesusahan

Lelaki akan kata:
Wow!heroin sejati...

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yg kesusahan

Lelaki akan kata:
Hmm...taktik nak ngorat la tu...

Kalau perempuan cantik dpt lelaki handsome

Lelaki akan kata:
Ok la...bagai pinang d belah empat belas...

Kalau perempuan tak cantik dpt lelaki handsome

Lelaki akan kata:
Kesian...mst dah kena bomoh lelaki tu...

Kalau perempuan cantik d tinggal kekasih

Lelaki akan kata:
Buta kayu btol mamat tu!!

Kalau perempuan tak cantik d tinggal kekasih

Lelaki akan kata:
Memang Patut pon kena reject...

Kalau perempuan cantik bawa BMW

Lelaki akan kata:
Wah, dah la cantik, berkerjaya pulak tu!

Kalau perempuan tak cantik bawa BMW

Lelaki akan kata:
Ni mesti kete pinjam ni!

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki

Lelaki akan kata:
Wah...caringnyer..Ade sifat keibuan gitu.

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki

Lelaki akan kata:
Eleh,gedik la tu...Saje nak tunjuk rajin depan aku

Kalau perempuan cantik bersedih hati

Lelaki akan kata:
Don't worry,i will make u happy forever...

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati

Lelaki akan kata:
Sikit2 nangis! Minah leleh la ko ni! piraaahhh!!

Kalau perempuan cantik pandai masak

Lelaki akan kata:
Dah la lawa,pandai masak plak tu.Untung siape dapat dia..

Kalau perempuan tak cantik pandai masak

Lelaki akan kata:
Entah2 lauk beli kat kedai, pastu pura2 la masak. Taktik biase ni

Kalau perempuan cantik main2 miskol

Lelaki akan kata:
Syoknye!!rindu la tu...

Kalau perempuan tak cantik main2 miskol

Lelaki akan kata:
Ko ni takde keje lain ke??!sibuk ni tau tak!!

Kalau perempuan cantik hantar email hari2

Lelaki akan kata:
Suke nyer hati ni...!!

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email

Lelaki akan kata:
Eh, meluat aku. Asik2 minah ni punye email!

Suka tengok Citer ni!! 200 pounds of beauty

Sob..sob.. :'(

Wanita Hodoh kah aku??

Tuesday, October 26, 2010
"Aku buruk la!!!", tiba-tiba je kawan aku mengeluh. Aku ni buruk, tak cantek, ex pakweee aku lagi cantek. Aku yang time tu tengah main game terus stop. Aku paham perasaan kawan aku tu, yela, siape yang suke bila 'buah hati pengarang jantung' tu penah minat orang cun. Aku pun mula membelek2 video file aku. Sambil menunjuk kan video aku mula bercerita kepada dia.

.............................

Dulu, time BF aku buat hal(flirting with other girl), aku asik salah kan diri aku je, aku asik-asik cakap,"Kenape la aku ni gemuk?" Kenape Allah cipta kan girl tu cantik, manis, sweeeet!!!, kurus, ramping?","Kenape la dia mcm model, meletop2 howt nye??", "Kenape la aku tak macam tu?". Asik-Asik, kenape, kenape. Tak reti bersyukur, asik persoalkan kenape je.

Bukan tu je, self esteem jadi sangat low, kejap-kejap asik tanye orang kat sekeliling,"Aku ni buruk tak weyh","Cuba korang tengok girl ni, cantik tak weyh?". Macam tu la rutin. Tiap-tiap hari buka facebook girl tu sambil mengeluh, kenape la tak secantik macam tu. Silap hari bulan, boleh sasau jap orang kat sekeliling melayan kerenah aku ni yang. memang mereng time tu

Sampai la suatu hari tu, nampak satu video, kawan aku nama enna safra, post kat facebook dia. Tittle " A girl Born Without A face". Tergerak hati nak tengok video tu. Dalam video tu, budak perempuan ni, di lahirkan tanpa wajah. Dia ada kaki yang cantik persis 'ballerina', tangan dan jari jemari yang cukup mulus. Sempurna semua nya, kecuali.....Budak itu lahir tanpa wajah! Dia mempunyai 2biji mata dan 1 lubang untuk mulut nya.LUBANG bukan mulut. Dia terpaksa makan melalui pusat nya kerana lansung tidak mempunyai rahang untuk mengunyah makanan nya. Dia terpaksa melalui pelbagai2 pembedahan semata-mata untuk membina struktur mukanya. Hati ku bertambah sayu, apabila mak budak itu menceritakan ada budak yang memangil anak nya jijik ketika lalu berdekatan anak nya."Disgusting!", sampai begitu sekali budak itu di gelar.

Mengalir air mata aku melihat video itu, dalam hati aku, berkali-kali aku mengucap dan beristifar. Aku ini sempurna berbanding budak perempuan itu, tapi aku tak kenal erti syukur! Aku terlalu taksub dengan keindahan yang sementara. Aku lupa, wajah ku, tangan ku, kaki ku, 5 deria ku, hanya pinjaman semata-mata. Wajah cantik pasti akan kendur, kulit yang mulus pasti akan berkedut. Tiada apa yang kekal di dunia ni.

Alhamdullilah, aku sudah berhenti mengeluh, berhenti mempersoalankan. Mulai saat itu, setiap kali aku merasa kekurangan, setiap kali aku merasakan diri aku tidak sempurna,setiap kali terlintas rasa tidak bersyukur di hati ku, aku pasti mengingati bahawa ada yang lebih malang dari ku. Ada di luar sana, ada yang di uji lebih hebat berbanding ujian Nya kepada ku.

Video ini, yang berjaya menyedarkan diriku, dan video ini yang ku tunjuk kan kepada setiap rakan ku, yang sering mengeluh mengata kan kekurangan diri. Biar aku kongsi kan video ini, supaya sekiranya ada antara kamu atau kawan-kawan kamu yang mengeluh megatakan diri yang serba kekurangan, yang mengatakan diri nya buruk, yang mengatakan diri nya tak cantik/hodoh. Tunjuk kan video ini pada mereka dan tanya kan kembali, "Adakah kekurangan kamu lebih dari budak perempuan ini ?".

video

Syukurlah sebelum terlambat sebelum nikmat Allah di tarik satu persatu kerana perangai kita yang tak tau bersyukur.
Harap entri kali ni dapat membuka mata hati kita semua seperti mana ia membuka mata hati ku yang sebelum ini tidak tahu bersyukur dengan nikmat Allah :)

p/s: Don't focus on what u don't have, focus on what u have and make the best out of it ;)

Mati Di Hempap Beg Sekolah Berat Muatan Buku Text??

Thursday, September 23, 2010
Waktu kecik-kecik dulu, ececeh! Tak la kecik sangat kan, waktu sekola dulu, tak kire la sekola rendah ke, sekola menengah ke, paling bosan baca sejarah. Pernah sekali aku baca buku text sejarah, last-last tertido, mimpi jadi anak raja waktu tido tu! WOW!! Hebat tak? Hahahaha. ;P

Baru-baru ni, baca berita Kosmo! online, lepas belek-belek, jumpa satu berita ni, pasal Kerajaan Terengganu, bagi eBook kat budak-budak sekola rendah. Ganti buku text yang berat mcm batu bata tu katanya. Mungkin diaorang risau, sebab kalau beg sekola berat dengan buku text, nanti ada "kemalangan jiwa" sebab kena hempap dengan buku-buku text tu.Teringat time aku kecik-kecik dulu lagi-lagi darjah satu, memang banyak pun buku text, semua sumbat dalam beg sekola. Time tu malas guna jadual waktu , tak reti pun ade. Rasa nye semua sama kot?(angguk cepat!). Bila da maju sikit, ade lah beg sekola tarik-tarik tu. Alaa,, yang ade roda tu, yang beg nak pergi airport tu. Kadang-kadang tarik tersekat kat tiang gate sekola. Kelakar nye aku time kecik-kecik.

Skang ni dah maju, semua orang nak pakai eBook je. Ok, buku text boleh buat kitar semula, tak pun jual kat apek yang bawak van yang slalu pasang speaker dia bunyi macam ni "Surat kabar lama! Buku lama! Bateri Lama!".

Kerajaan Melaka dengan Serawak pun ngah bercadang nak buat benda yang sama. Ebook untuk student. Da x payah beg berat-berat. Brunei pun nak join sekaki jugak idea ni.

Akbar tu kate lagi, Ebook ni konon nye isu hangat. Selalu je di debat, isu nye" BEG SEKOLAH BERAT". Aik, kerajaan kite ni da tak ade keje lain ke yang nak di debat?

Sebab beg sekolah budak sekola rendah ni berat, banyak buku text la katakan~ So kene bagi sorang Ebook sejibik ke?

Bagus kan Ebook ni?? Bagus tak??

Huh! Anda SALAH!

Aku dulu susah jugak, berat jugak, Alhamdullilah, takde la mati sebab bawak buku text berat. Masuk University jugak walaupun tak pakai Ebook. Akak-akak aku pun macam tu gak, kawan-kawan aku pun macam tu gak. Yang sambung amek Doctor pun ade ni. Padahal time belaja dulu, badan dia la paling comel. Tak pernah dengar lagi yang MATI kene hempap dengan beg sekolah sebab buku text berat.

Kalau korang tak didik dari kecik membaca, semua nak pakai computer la, Ebook la, ape la, teruk la nanti. Budaya membace takde, nanti jadi generasi yang PEMALAS! Malas membaca. Kalau nak membaca, kene ade Ebook, baru nak baca. Ada buku, sepak tepi tak nak baca. Tak biasa baca buku la katakan. Nak ke jadi macam tu?

Aku yang belaja pakai buku text ni pun selalu malas membaca, ini kan pulak kalau buku text dah tak ade, lagi la MALAS Kuasa 10 kan. Penulis-penulis yang terkenal, semua karya dalam buku. Nak jadi doctor kene rajin hafal buku( kat matrix buku biology tebal gile!). Kalau nak cari ilmu, semua ada dalam buku, hah, cakap je nak ape.

Bila pakai Ebook study guna computer, nanti, elok-elok budak nak belaja, search kat pakcik google CORN yang keluar PORN* hah! Suka? Budak kecik, mana tau beza salah betul. Bila diaorang praktik kan, ape yang di demo kat *CORN tu, tu yang darjah 3 dah mengandung la, buang anak la, main kawen-kawen la. Pastu mula la, Bina Sekolah HARAPAN banyak-banyak. Kan? Bila banyak kes buang anak macam buang kain buruk,mula la melatah semua kan?

Tengok negara-negara barat. Mana ade kecoh-kecoh nak guna Ebook ni. Sebab diaorang ni bijak, diaorang tau, ilmu-ilmu orang bijak pandai, semua dalam buku, takde dalam Ebook pun.

HAH! Ni aku bagi kan solution pada Pihak yang sibuk-sibuk berdebat pasal beg sekola berat tu. Pergi lah BINA LOCKER!! Bina locker kat sekola. "Mat Salleh" da lama buat. Kita ni, contoh yang baik dari barat tak nak ikut, kalau yang tak baik, cepat je ikut kan??Hah,, mudah, jimat dan selamat kan? Tu pun tak reti-reti ke??

p/s:Bak kata Dr.Fazillah Kamsah.,Renung-renungkan, dan selamat beramal! hahaha!

Ada apelah dengan rumah orang tua-tua ni?!

Friday, September 3, 2010
Salam Ramadan semua~

Wow, lama gila tak update blog, busy dengan midterm ,,busy dengan project.. Pendek citer, busy giler la bulan puasa ni.. ;p

Lepas habis final midterm khamis lepas, rasa macam lega gila. Macam beban atas bahu ni, hilang tiba-tiba. puhhh*

ok, cukup pasal midterm and so on,, kali ni aku nak cerita pasal pengalaman berbuka puasa bersama-sama warga emas kat Rumah Seri Kenangan Cheng Melaka. Tajuk kat atas tu aku saje bagi gempak. hehehe~

Rumah Warga Emas Seri Kenangan Cheng Melaka

Sebelum pegi event ni, adalah jugak beberapa orang kawan yang aku ajak gi sama. Ada jugak yang sudi turut serta, ada jugak yang bagi feedback macam ni "malas la weyh, aku tak reti bercampur dengan orang-orang tua", "Huh? aku sayang nenek aku je, aku tak sayang nenek orang len", tak kurang gak yang menyindir aku,," Hah Si polan(nama kawan aku) ko tak nak pegi ke beramal? Kau kan banyak berdosa dengan 1 kelas",,,, "Aku tak dapat pegi la,ko tolong suap la diaorang untuk mewakili aku".. Macam ni la gelagat. Manusia oh Manusia.....

Terkilan la jugak sikit, bila ada yang "bercakap" macam ni.. Tak nak pegi tak pe, aku tak kesah, aku ajak je,, tapi perlu ke cakap macam ni? Hari ni kita muda, kita sihat tak apa. Tapi esok lusa, kalau da tua kerepot,, kencing berak pun dalam pampers. Time tu, entah-entah anak korang pandang pun menyampah. Dah menyampah ape lagi, mula la tinggal kita yang dah tua kerepot ni kat umah orang tua-tua. Ingat diaorang tu nak ke masuk dalam umah orang tua-tua tu???!

Salah Sorang Warga Emas Kat Rumah Seri Kenangan

Berbalik pada citer asal,, aku pegi dengan 2 orang member aku, aiman and izzah.. ;) Diaorang memang best and sporting abes la. Pasal sekepala kot. hehehe~

Sepatut nye pegi naik bus Utem. Tapi telajak tido, nak pegi punya pasal, aku drive pegi gak umah ni... Sampai-sampai je kat sini, aku nampak sorang atok tu, tengah duduk atas kerusi batu kat laman, sambil mengelamun.... Sebak dada ni bila jejak je kaki kat sini, aku terbayang nasib aku macam mana kelak bila dah tua... Aku terus teringat mak ayah aku yang ada kat umah tu. Ya Allah,, sebak yang amat time tu..

INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

MUDA SEBELUM TUA

KAYA SEBELUM MISKIN
LAPANG SEBELUM SIBUK

HIDUP SEBELUM MATI

SIHAT SEBELUM SAKIT
(Teringat lagu raihan)

Time berbuka puasa tu,, sedih nya bila tengok diaorang berbuka. Yela, kalau tak ada rombongan kitaorang ni,, dalam dewan tu, ada lah dalam 25 orang je yang larat berbuka kat dewan tu.. Maknanya, kalau atok dengan nenek yang tak larat tu, berbuka sorang2 la kan??

Lepas solat berbuka and solat maghrib,, aku ada kesempatan berborak-borak dengan nenek-nenek kat asrama diaorang. So,, aku yang becok ni ape lagi, jalan la kedek-kedek pegi asrama diaorang.. Aku lalu depan katil sorang nenek ni (lupa nak tanya nama pasal semua aku pangil nenek),, dia terus ajak aku duduk atas katil dia. Sambil tarik tangan aku suh duduk, dia pun cerita la,, nenek dari kuala pilah, pastu ape lagi, aku yang becok ni pun borak2 la dengan nenek tu,, aku tanya dia, selalu tak rombongan macam ni datang nek? Dia jawab,"Kadang-kadang ada, kadang-kadang sunyiiiii je, tak ada siapa datang jenguk.. Tapi yang tak leh lupa, bila ada nek yang citer pasal pengalaman hidup dia, pastu bila kawan-kawan aku tanya raya mcm mana,, dia jawab macam ni, "Kalau cucu nek amek nek kat umah ni, nek raya la sama-sama,, kalau tak nek raya sorang je kat sini", sedih gile bila dengar macam tu. :"(

Kat rumah warga emas ni jugak, ada sorang nenek yang pandai buat kraftangan. Tengok, yang tua-tua ni pun pandai berkerja cari duit tau!

Nenek yang tekun gile menyusun manik

Muka excited sebab dapat beli teddy bear manik

Apepun,,pengalaman berbuka puasa bersama warga emas ni, membuka mata, akal dan minda aku. Jangan kita ingat, kita berharta sekarang,, kita mempunyai segala-galanya, kita yang terhebat, kerana nanti, bila tiba penghujung usia, kita tak tau,, macam mana akan kita habiskan nya kelak. Apa guna harta kekayaan, sekiranya kita mati, sakit dan meninggal kesorangan? Hargailah ibubapa kita, sebab, kalau kita buang ibubapa kita, aku yakin, suatu hari nanti, korang pulak yang akan di buang oleh anak-anak korang Tapi sekiranya korang menjaga ibubapa korang, insyAllah, anak-anak korang akan jaga korang di waktu emas nanti.

Hargai Mereka
video

~Cik aiman dan saye~

~ Ngah berlatih jadi penyambut tetamu ke?~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...